kelopak bunga

Friday, 27 December 2013

TEAM

















THE BEST TEAM  :)

Imran : Selalu menceriakan kumpulan ni :)
Amir : Suka buat kami semua ketawa :)
Fikri : Si pemalu dalam kumpulan kami :)
Mas : Orang kuat dalam kumpulan kami :)
Jannah : Paling rajin dalam kumpulan kami  :)

Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan lancar . Seronok sangat dapat satu kumpulan dengan anda semua . Satu pengalaman yang menarik dan kenangan yang terindah bersama-sama dengan anda semua walaupun hanya beberapa minggu . Aku happy sangat dalam kumpulan ni . Okay , Byeeeeee :)



Thursday, 26 December 2013

GAMBAR




Adila Azzera , Amir , Bibi , Madi , Abang Faidil , Emy  



 Hye semua , apa khabar sihat ? Nampak tak gambar dekat atas tuh , yang cantik dan kacak-kacak belaka tuh :)  Pelikkan aku sorang je perempuan dalam gambar tuh . Hahahahaha , macam ni ceritanya :) Aku cuma menyemak je dalam gambar tuh , diaorang nak tangkap gambar  sesama diaorang je . Aku ni pantang orang nak tangkap gambar je , aku mula lah nak menyelit . Begitu lah coritanya :) Tapi apa-apa pun mereka lelaki yang berada di atas tuh semua , memang terbaiklah aku cakap . Seronok sangat dapat kenal dengan mereka semua :) Mereka semua asal dari sabah . Mereka semua satu course dengan aku dan mereka semua sangat-sangat baik walaupun nampak agak gengseter lah katakan . Hahahaha :) Tuh je lah kot nak cerita . Byeeee



Wednesday, 25 December 2013

CINTA DAN KAWAN





Satu hari CINTA dan KAWAN berjalan dalam kampung . Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga . Kenapa ? Kerana CINTA itu buta . Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga . Kenapa ? Kerana KAWAN pun akan melakukan apa saja demi CINTA . Di dalam telaga CINTA hilang . Kenapa ? Kerana Cinta halus mudah hilang kalau tidak dijaga , sukar dicari apalagi didalam telaga yang gelap . Sedangkan KAWAN masih lagi mencari-cari dimana CINTA dan terus menunggu . Kenapa ? Kerana KAWAn itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia . Betul kan ? So , hargailah KAWAN kita selagi kita terasa ia bererti . Walau kita punya kekasih , teman akan tetap paling setia . Walau kita punya harta banyak , teman tetaplah paling berharga . 




AKU INGIN BERUBAH



Tuesday, 24 December 2013

CINTA HIGH CLASS









AKU



Nama diberi Adila Azzera Binti Mohd Zamri , boleh panggil saya azzera  . Asal Kajang Selangor . Masih muda , berumur 18 tahun . Anak petama daripada enam orang . Dilahirkan pada 18/05/1995 di hospital Sabak Bernam , Selangor  . Mengikut personaliti melalui bulan kelahiran , aku ni seorang yang ?
























     
  • Keras hati dan tegas
  • Kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • Permikiran yang tajam
  • Mudah marah apabila tidak dikawal
  • Pandai menarik hati dan perhatian orang lain
  • Perasaan yang amat mendalam
  • Cantik dari segi mental dan fizikal
  • Tidak perlu dimotivasikan 
  • Tetap pendirian dan tidak mudah dipengaruh oleh orang lain
  • Mudah dipujuk
  • Sikap sistematik (otak kiri )
  • Suka berangan
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu
  • Bahagian telinga dan leher senang diserang penyakit
  • Daya khayalan yang tinggi
  • Pemikiran tajam
  • Pandai berdebat
  • Fizikal yang baik
  • Kelemahan sistem penafasan 
  • Suka sastera , seni , muzik dan melancong
  • Tidak berapa suka duduk dirumah
  • Tidak boleh duduk diam
  • Rajin dan bersemangat tinggi

Haaaaaaa , nampak tak itu semua ciri-ciri pada bulan kelahiran aku . Ada dalam lima , dua , satu yang betul dekat atas tuh . Senang cerita , aku lebih suka jadi diri aku yang sebenar ! Tak perlu lah nak hipokrit , pura-pura baik , sopan sutun , manja-manja depan orang ramai . Apa yang penting kita hormat menghormati antara satu sama yang lain . Okay , bye :) Asalamualaikum .



BLOGGER



Alhamdulillah , akhirnya siap juga blog aku . Baru lah ada rope blog sikit :) Hmmmm , sedikit sebanyak assigment ni membuatkan aku belajar sesuatu benda baru . Kalau lah tak ada assigment ni , sampai ke tua lah aku takkan buat benda alah ni (blog) . Sangat-sangat leceh la bagi aku  . Tapi buat punya buat , bila dah cantik , siap tersusun semua . Fuhhh , puas hati kot . Kepada sesiapa yang ingin cuba berblogger ni , banyakkan bersabar lah yeee . Jujur aku kata mula-mula buat blog , bila tekan sini tak jadi , tekan sini tak keluar , tengok kawan punya cantik sikit . Memang putus asa lah , rasa tawakal je lah buat assigment ni . Asal ada blog cukuplah . Tapi aku terus usaha dan terus berusaha untuk bagi blog aku cantik dan tertarik :) Alhamdulillah sekarang blog aku dah ceria ada bunga-bunga , siap ada lagu  , tanda tangan , kelopak bunga jatuh . Dah boleh jadi blogger terkenal lah :) Hahahahaha , aku harap Encik Awang puas hati dengan hasil kerja aku ni :)




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .








Kita semua ada kisah semalam yang berbeza , tetapi . Pada akhirnya kita pasti akan setuju bahawa cerita semalam itulah yang meletakkan kita disini bersama-sama mengenggam satu janji , bersama-sama membentuk satu hati . Menjernihkan kembali hati yang penuh dengan dosa-dosa semalam . Sedarkah kita ? Cerita kita sebenarnya seakan-akan hampir sama . Allah menguji dan menduga kita , kita pernah lemas dalam tipu daya dunia , kita pernah terjatuh dalam kebodohan cinta manusia . Saat kita merasakan bahawa kita tidak layak untuk berada di pandanganya . Allah memujuk kita dengan bicara yang memberikan harapan . '' Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas '' Allah masih sudi memanggil kita :') '' Janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah '' Ada harapan pada setiap bait kata-kata itu :') '' Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani '' Wahai diri , percayalah ! Allah akan ampunkan , biarpun dosa kita  seluas langit dan bumi . Allah akan ampunkan :') Ayuhlah bersujud kepadanya , pohonlah keampunan dariNya . Rahmat dan  kasih sayangNya melangkaui kemurkaannya pada kita . Dan saat itu juga dia hadirkan suatu rasa di dalam hati ini agar kita mencari dan mencari untuk bertemu dengan jalanNya . Pasti ! Allah mendengar setiap bisikan hati kita betapa saat kita mengingati kembali cerita semalam itu , hati kita sangat tersentuh dengan takdir yang Dia telah aturkan  untuk kita :')  Allahuakbar :')


                                                                         

                                                                                                                     

PEREMPUAN

                                       






Friday, 20 December 2013

JOM ZIKIR

Suka Sangat Dengar Zikir Heliza Helmi :) Jom Berzikir :)







HAPPY





Apa khabar semua , sihat ? Hari ini saya berada di Kajang :) Alhamdulillah selamat sampai jam 10.00 malam semalam :) Seronok sangat dapat balik , walaupun hanya beberapa hari sahaja . Kawan-kawan yang tak balik tuh , jangan sedih yeee cuti sem nanti kita balik ramai-ramai tau . Hmmmm , walaupun cuti kawan-kawan assigment bertimbun kan nak kena di buat . Senang cerita , bercuti sambil menimba ilmu lah . Hahahahaha , normal lah tuh sebagai seorang pelajar kan , tak lari daripada assigment , test dan sebagainya lah . Akhir sekali , kepada kawan-kawan yang balik rumah tuh , jangan lupa siapkan assigment dan selamat bercuti bersama keluarga yaaa , Hargai saat-saat terindah bersama keluarga anda semua :) Okay , tuh je lah yang kita nak share . Byeee :)


Wednesday, 18 December 2013

ACCOUNT

  


    Asalamualaikum , haaaa nak tahu kenapa dengan account :) Sem ni aku ambil subjek account , sangat-sangat mencabar bagi aku . Ramai yang berkata account ni susah lah , banyak nombor la dan sebagainya lah . Tapi bagi aku , aku dah set dekat otak aku ni :) Account mudah , pasti ada jalan penyelesaiannya disebalik nombor-nombor tuh . Aku akan cuba buat yang terbaik untuk subjek ni . Harap dapat A dalam subjek ni dan aku nak naikkan markah CGPA aku . In shaa Allah , you can do it Adila Azzera .




Sunday, 15 December 2013

SAD


     Asalamualaikum dan selamat petang semua :) Hmmmm , nak cerita ni sikit :) Jujur sedih sangat tak dapat join aktiviti dpnt hari ni :') Semalam adalah hari yang paling mengembirakan , memalukan aku dan menjadi kenangan yang paling terindah buat aku  bersama kawan-kawan dan senior :') Dimana  aku kena tampil kehadapan dan menjelaskan apa objektif aktiviti bendera kumpulan di bina . di samping itu semua senior mengenali aku :) Jujur aku tak minta , tak ingin dan tak mahu sama sekali dikenali orang ramai . Alhamdulillah , mungkin allah yang aturkan semua ni . Mungkin ada hikmahnya . Di mana aku tidak akan  berasa sunyi , kerana berjauhan dengan keluarga . Aku ada keluarga yang sangat bahagia di Bintulu , Sarawak ini . Ia itu  Keluarga DPNT , diamana ia telah menjadi salah satu sebahagian dalam hidup aku .

 SAYA SAYANG DPNT . SAYA SAYANG DPNT .

Saturday, 14 December 2013

PUTRA CAMP DPNT

    Asalamualaikum , hye hye hallo hallo hye hye :) Nak cerita ni pasal camp dpnt , Ya Allah seronok sangat tak terkata lah ! Dapat kenal dengan senior lebih rapat , then dapat mengeratkan silaturahim antara kawan kawan dpnt . Memang rugi lah siapa yang tak join camp ni :) Jujur lah aku kata , mula-mula bila dengar ada buat camp je mula lah ''hmmmm , ada camp dah sem 2 pun still ada camp , nanti mesti penat , then nak buat apa entah camp-camp bagai ni , hmmmm mesti tak syok ada senior'' Tapi hakikatnya setelah aku join camp ni banyak perkara yang aku dapat daripada sertai camp ni ! Haaaa , nak tahu tak ? Sepanjang camp ni , aku dapat pelajari sedikit sebanyak  kerjasama antara pasukan , kasih sayang antara senior dan junior , bertolak ansur , tidak mudah putus asa , berani , yakin pada diri sendiri dan sentiasa menghormati antara satu sama yang lain . Bagi aku senior-senior dpnt sem 4 memang terbaiklah ! Aku hargai apa yang diaorang buat semua ni , bagi aku senior mahupun junior tak ada beza pun . Kalau kita nak dpnt terus maju kehadapan , dimana kita junior dan senior kena terus bersatu hati , saling bantu-membantu antara satu sama yang lain  untuk terus majukan nama baik Diploma Perniagaantani :) Terima Kasih kepada ketua fasi syah , fasi zaty , fasi aryn , fasi ima , fasi zam , fasi mir , fasi firdaus , fasi wawa , fasi safri , fasi tina , fasi farid , fasi yayang , fasi azie , fasi huzaifah , fasi nabil , fasi aiman , fasi tajol , fasi mek , fasi uda , fasi lukman  dan fasi-fasi yang lain (tak ingat dah) :) Tanpa mereka maka tidak terciptalah PUTRA CAMP DPNT :)






WE LOVE DPNT ! WE LOVE LECTURE ! WE LOVE SENIOR !



Wednesday, 11 December 2013

CINTA







" Hiduplah kamu sebagaimana yang kamu kehendaki , tetapi ingat bahawa kamu akan mati , dan cintailah sesiapa yang kamu kehendaki , tetapi ingat bahawa engkau akan berpisah dengannya , buat apa sahaja yang engkau kehendaki , tetapi awas , kamu akan dibalas atas apa yang kamu lakukan itu dan ketahuilah bahawasanya kemuliaan orang beriman itu terletak pada Qiamulailnya , kehebatannya bila dia tidak bergantung kepada orang lain "

              Riwayat al-HAKIM dan Abu Naim








Tuesday, 10 December 2013

DPNT








Kami sentiasa bersatu dalam membuat masalah dan menyelesaikan masalah . Bersatu kita teguh bercerai kita roboh .

SAYA SAYANG DIPLOMA PERNIAGAANTANI :)